ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA , FANTASTIC…………SEMUANYA HANYALAH PLASTIK

ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA , FANTASTIC…………SEMUANYA HANYALAH PLASTIK

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai -nilai di atas …semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubunganpersahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam.

Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya…jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ….romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ….bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??

Cinta didalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating…. Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis…….kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati.

Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???…rasa rindu yang amat sangat…………sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah…orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman .

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita….tetapi anak anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta……….dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan .

Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata -kata di sebalik kata -kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat -sifat di dalam diri respondennya…..ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke……tidak timbul …kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam….bukan seperti >>>sebahagian dari anak anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta….contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati .

Ada yang jadi baik ..bercakap yang baik baik di depan orang yang di cintainya….almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman….tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu didalam konteks perhubungan cinta sesama Islam…jika ingin memulakan ikatan cinta itu…..berasaskan cinta yang penuh didikan iman..perhati muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut….sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru….mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari…semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini…tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri… Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak anak muda kita ….bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya….jangan mudah terusik hati…perhati kan agamanya, kebaikannya……dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya….kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui …ia hanya akan membuka peluang kepada kearah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam….Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan yakni jangan membenarkan kita di rapati akan perasaan mereka…..agar menimbulkan keraguan dan was was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak anak anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego…ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan…benarkah begitu…se bab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak…bukan kah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?!!!!!!!

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???..tentulah sekali dengan meminang wanita ini….sebab wanita ini bukan calang calang imannya…tentulah terfikir di hati mereka……”Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,..kerana apabila di berinya cintanya pada aku…akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah”

So kata kata bidalan ….Berkawan biar beribu bercinta biar satu…tidak begitu tepat didalam konteks islam dan patut di tambah…bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang di halalkan oleh Islam bersebabkan faktor faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik….di situ sudah menampakkan penilaiannya…….dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

wallahu’alam bissawab… Berkata Imam Nawawi:

“Aku menyintaimu krn agama yg ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu”

Wanita dalam Islam sebenarnya

Wanita dalam Islam sebenarnya
(seperti di dalam al-Qur’an)

 

Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak menyedihkan. Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama, dikenakan beberapa peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan yang terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an.

Kertas ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.

Ciptaan

Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta semuanya berpasangan (43:12). Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-Nya. Firman-Nya, “Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan” (Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul “Perempuan”; atau lazimnya ditulis seperti 4:1).

Pengasihan

Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71). Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi “Dia mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan” (30:21). Perasaan cinta dan pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu dalam kebahagiaan.

Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur’an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi “Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka …. sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan” (4:25).

Zina

Amalan zina adalah bukan sahaja dilarang, malah, ia dilarang daripada mendekatinya jua. Firman-Nya, “Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat” (17:32). Lupakanlah sahaja keinginan untuk melakukan zina!

Amalan sumbang dan jahat ini bukan suatu fenomena yang baharu dalam masyarakat. Pengamalannya yang meluas adalah sejak dari zaman dahulu lagi, seperti pada zaman Nabi Yahya dan Mariam (ibu Nabi Isa), iaitu kira-kira dua ribu tahun dahulu. Andaian dibuat setelah mendapati Allah menyebut dengan jelas kepada bapa Nabi Yahya (Zakaria) bahawa anaknya yang bakal dilahirkan adalah seorang yang suci daripada kejahatan nafsu berahi (3:39), sementara Mariam pula, disebut sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya (21:91 dan 66:12). Mereka berdua tentu telah menjadi contoh teladan yang terbaik pada zaman itu.

Zina bukanlah amalan orang-orang lelaki dan perempuan yang mukmin (yang mempercayai Allah dan Kitab-Nya), kerana mereka diperintah supaya menjaga kemaluan mereka. Firman-Nya, “Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka” (24:30). Pandangan yang tidak dikawal dan kemaluan yang tidak dijaga adalah punca berlakunya perzinaan.

Lelaki dan perempuan yang berzina, setelah sabit kesalahan, iaitu keterangan empat saksi, dihukum dengan seratus sebatan tiap-tiap seorang (24:2). Sekirannya bilangan seratus ini dikatakan hudud (had-had) Allah, maka pada hemat saya, bilangannya adalah had maksimum. Pelaksanaannya pula, menurut ayat itu lagi, hanya disaksikan oleh segolongan orang mukmin, bukan disaksikan oleh orang ramai seperti terdapat pada amalan sesetengah masyarakat Islam di dunia.

Penuduh ke atas perempuan yang berkahwin dan tidak mendatangkan empat saksi, dikenakan lapan puluh sebatan pula, dan kesaksiannya tidak lagi diterima selama-lamanya. Cakapnya tidak dipercayai lagi. (24:4)

Hukuman ke atas penzina adalah tidak seberat hukuman yang dikenakan ke atas pencuri. Pencuri lelaki dan pencuri perempuan dihukum dengan memotong tangan-tangan mereka (5:38). Itu pun juga, pada hemat saya, adalah had maksimumnya.

Tanpa bapa

Hukuman adalah hanya ke atas penzina, tidak pada anak-anak yang mereka lahirkan. Hukuman yang dikenakan ke atas anak-anak mereka berupa istilah, seperti anak luar nikah, atau anak haram, yang lazim digunakan. Sebaliknya pula, kata-kata ini tidak seharusnya menjadi sebutan orang-orang Islam, kerana ia tidak disebut, atau tidak diajar oleh Allah di dalam kitab-Nya, al-Qur’an. Justeru, anak-anak yang tidak berdosa itu sewajarnyalah tidak dizalimi dengan cercaan seperti ini.

Kezaliman pada anak-anak ini ditambah lagi apabila wujud undang-undang yang menyuruh mengosongkan tempat bagi nama bapa-bapa mereka (dan butiran lain mengenainya) pada sijil pengakuan kelahiran mereka, atau surat beranak. Walhal, surat beranak adalah suatu dokumen yang merekodkan kelahiran bayi, dan mereka pula, seperti bayi-bayi lain, tidak seperti Nabi Isa yang dilahir tanpa bapa!

Dengan tidak mencatat nama bapa, dan butiran lain mengenainya, pada surat beranak anaknya, kelihatan pula seperti dapat melepaskan kaum lelaki (yang sama-sama terlibat dalam kejahatan) daripada tanggungjawab mereka, dan selanjutnya memungkinkan mereka untuk berterusan dalam dosa zina dengan perempuan-perempuan lain.

Anak angkat

Bagi kanak-kanak, menurut al-Qur’an, seharusnya diketahui siapa bapa-bapa mereka, kerana sekiranya mereka dijadikan anak-anak angkat, maka mereka hendaklah dibinkan menurut nama bapa-bapa mereka yang sebenar. Firman-Nya, “Dan tidak juga Dia membuatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu … Panggillah mereka mengikut bapa-bapa mereka yang sebenar; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan” (33:4-5).

Hukum

Malang menimpa lagi pada kanak-kanak yang lahir daripada perzinaan, kerana wujud pula dalam ajaran “Islam” suatu hukum yang menetapkan mereka (yang perempuan) boleh membatalkan air sembahyang bapa-bapa mereka dengan hanya menyentuh kulit mereka. Kedudukan mereka sama dengan perempuan lain yang halal berkahwin dengan bapa mereka.

Kesopanan

Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijagai, dan Allah ditakuti. Kesopanan bagi lelaki dan perempuan semasa mereka berinteraksi sebagai sahabat telah disebut, iaitu mereka diperintah supaya mengawal pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Akan tetapi, bagi kaum wanita (kerana kewanitaannya) ditambah lagi dan tambahannya adalah seperti yang tersurat di dalam sebuah ayat yang panjang berbunyi,

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya;

Dan hendaklah mereka meletakkan penudung (mantel) mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang),

Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengerti aurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan” (24:31).

Ayat ini menggesa kaum wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut. Kata perhiasan selalu dituju kepada barang-barang kemas. Akan tetapi perhiasan perempuan di sini bermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa supaya ditutup dengan penudung. Penudung, atau kata Arabnya di situ, khumur, adalah bukan tudung kepala perempuan. Dalam bahasa Inggeris ia adalah veil yang juga tidak bermaksud tudung kepala perempuan. Lazimnya tudung kepala perempuan dikaitkan dengan jilbab (33:59), juga diterjemah kepada ‘penudung’, yang bermaksud “pakaian luar; gaun panjang yang menutupi seluruh badan, atau mantel yang menutupi leher dan payudara” [The Holy Qur'an, Abdullah Yusuf Ali (1946), halaman 1126, nota kaki 3765]. Ia bukan tudung kepala.

Maka, pakaian wanita haruslah labuh dan menutup bahagian dada mereka. Atau dada ditutup dengan sehelai kain lain yang dipanggil khumur.

(Tudung kepada yang kini dipakai oleh kaum wanita adalah ‘mandil’ dalam bahasa Arab. Ia bermaksud kerchief; handkerchief; head kerchief, dalam bahasa Inggeris. Tetapi ia tidak terdapat di dalam al-Qur’an.)

Tudung Kepala

Apa yang dikatakan perhiasan itu tidak termasuk bahagian-bahagian anggota di kepala seperti rambut, mata, mulut, hidung, telinga, dan pipi wanita. Andaikata bahagian-bahagian anggota wanita ini wajib ditutup, dengan tudung kepala supaya tidak dilihat oleh lelaki (seperti yang diwajibkan dalam ajaran agama ulama palsu), maka kaum lelaki pun patut menutup bahagian-bahagian tersebut kerana kaum wanita juga boleh berkeinginan pada lelaki dengan hanya melihat bahagian-bahagian tersebut. Kemungkinan ini dibayangkan Allah di dalam al-Qur’an dengan sebuah cerita mengenai Nabi Yusuf yang digoda oleh wanita-wanita, termasuk isteri pembesar, kerana dia kelihatan begitu menawan (iaitu daripada bahagian-bahagian anggotanya yang dapat dilihat).

Perhiasan wanita boleh bermaksud payudaranya. Payudara perempuan yang lanjut usia pun tidak seharusnya dinampakkan seperti perempuan lain. Firman-Nya, “Bagi perempuan-perempuan yang melewati umur mengandung, dan tiada harapan untuk berkahwin, tidak ada kesalahan ke atas mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, tanpa menunjuk-nunjukkan perhiasan; tetapi jika mereka menahan, adalah lebih baik bagi mereka” (24:60).

Malah, dalam sebuah ayat yang terdahulu di dalam al-Quran, mengenai pakaian manusia, Allah menyatakan bahawa Dia telah menurunkan “pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib” (7:26). Tentu sekali maksud kata bahagian aib itu tidak termasuk bahagian-bahagian di kepala wanita, mahupun lelaki.

Dengan adanya beberapa petunjuk daripada al-Qur’an, maka Islam yang sebenar tidak mewajibkan wanita bertudung kepala.

Kata aurat yang turut disebut di dalam ayat yang panjang tadi (24:31) bermaksud bahagian-bahagian sulit, yang orang-orang berkeinginan seks meminati, tetapi tidak dimengertikan oleh kanak-kanak kecil. Kata ini memang sudah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam Islam. (Sila rujuk Kalimat aurat di dalam al-Qur’an.)

Lesbian

Selain zina, seseorang wanita itu boleh melakukan kesumbangan akibat nafsu berahinya pada yang sejantina dengannya. Bagi kesalahan ini, pesalah dikurung, yang ada kalanya sampai mati. Firman-Nya, “Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat di antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan” (4:15).

Hukuman bagi lesbian adalah tidak sama dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina.

Sama

Beralih kepada soal sama ada lelaki dan perempuan itu sama. Sebenarnya, mereka adalah sama di sisi Allah. Kesamaan mereka adalah pada:

1. usaha untuk mencari pemberian daripada Allah. Firman-Nya, “Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya” (4:32).

2. keimanan dan ganjaran daripada Allah. Firman-Nya, “Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat – bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar” (33:35).

Pendek kata, seperti kata Allah juga, “Sesiapa membuat kerja-kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia seorang mukmin, mereka akan masuk Taman (syurga), dan tidak dizalimi satu bintit pun” (4:124). Kata mukmin bererti believer dalam bahasa Inggeris.

3. jodoh masing-masing, iaitu yang jahat bagi yang jahat dan yang baik bagi yang baik. Firman-Nya, “Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik” (24:26), dan,

4. hukum, seperti hukum zina yang berbunyi, “Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan” (24:2), dan hukum bagi pencuri, berbunyi “Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan” (5:38).

Hak

Begitulah juga dengan hak. Kaum wanita mempunyai hak yang sama dengan kaum lelaki. Hak yang sama ini diberikan Allah kepada mereka dengan firman-Nya yang berbunyi, “Bagi perempuan ada hak yang baik seperti yang ke atas lelaki” (2:228).

Perbezaan

Namun begitu, mungkin kerana perbezaan pada kromosom antara lelaki dan perempuan membuatkan ada sedikit perbezaan, dan perbezaannya adalah dalam tanggungjawab. Ayat-ayat al-Qur’an yang menjelaskannya adalah seperti di bawah:

1. “Tetapi para lelaki mereka adalah satu darjat di atas mereka” (2:228). Darjat di sini, menurut konteksnya, adalah hak suami untuk mengambil balik isteri yang diceraikan apabila mereka ingin membetulkan antara mereka.

2. “Lelaki-lelaki adalah pengurus-pengurus urusan perempuan, dengan sebab Allah melebihkan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain, dan kerana mereka menafkahkan (membelanjakan) daripada harta mereka” (4:34). Kaum lelaki dipertanggungjawabkan sebagai pengurus urusan perempuan kerana kaum lelakilah yang membelanjakan. Kaum lelaki menyara hidup kaum perempuan, dan bukan sebaliknya.

Pada sebuah ayat yang lain pula, Allah menyatakan, “Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik” (2:233). Ayat ini bersangkut hal perceraian; sehingga dalam keadaan begini pun bapa dipertanggungjawabkan menyara anak-anaknya.

3. “Atau jika kedua-duanya bukan lelaki (saksi-saksi dalam perjanjian perdagangan yang tidak bertulis), maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan mengingatkannya” (2:282). Pendapat orang berbeza tentang sebab diadakan dua saksi perempuan untuk mengganti seorang saksi lelaki dalam perjanjian perdagangan yang tidak bertulis.

4. “Allah mewasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan …” (4:11). Ini adalah bunyi permulaan ayat yang menetapkan bahagian-bahagian yang diterima oleh kaum lelaki dan perempuan dalam pembahagian harta pesaka. Dalam pembahagiannya, kaum lelaki mendapat lebih. Tentulah ada hikmahnya. Namun begitu, wasiat daripada Allah ini hanya ditaati sekiranya si mati tidak membuat sebarang wasiat yang tersendiri. (Sila rujuk 4:11, 4:12, dan 4:176, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembahagian harta pesaka. Terima kasih.)

Demikianlah beberapa ketidaksamaan antara lelaki dan perempuan yang tersurat di dalam al-Qur’an.

Dipuja

Seperti pada ciptaannya, yang disifatkan Allah sebagai satu daripada ayat-ayat-Nya, atau satu daripada kebesaran-Nya (30:21), kaum wanita memang istimewa. Mereka dipuja, dan ada pula yang dijadikan sebagai:

1. tuhan, atau dewi, atau goddess, dengan dipuja, diseru, dan dijadikan tempat untuk memohon. Firman-Nya, “Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan” (4:117). Mungkin ayat ini ditujukan juga kepada sesetengah manusia (lelaki terutamanya) yang mengutamakan perempuan lebih daripada keutamaan kehendak Allah ke atasnya. Lelaki seperti ini bertuhankan perempuan.

2. satu tanda kesenangan hidup di dunia. Firman-Nya, “Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia” (3:14).

Begitu kuat sekali pengaruh perempuan ke atas lelaki sehingga Nabi sendiri telah dapat ditewaskan apabila baginda melalaikan hukum Allah dan mengutamakan kehendak isteri-isterinya. Kisah ini diriwayatkan Allah di dalam al-Qur’an berbunyi, “Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkan bagi kamu, untuk mencari kepuasan hati isteri-isteri kamu?” (66:1). Tentulah Nabi sangat sayang pada isteri-isterinya.

Perkahwinan

Perasaan cinta dan pengasihan antara lelaki dan perempuan, yang dikurniakan Allah, berjaya memujuk kebanyakan mereka untuk hidup bersama, dan bersatu, dalam ikatan perkahwinan. Perkahwinan yang disuruh Allah telah menjadi sunnah semua Rasul (13:38), termasuk Nabi Isa.

Lalu kaum wanita menjadi isteri-isteri. Isteri dicari dengan menggunakan harta. Mereka dicari bukan untuk perzinaan, tetapi untuk diikat dalam ikatan perkahwinan. Firman-Nya, “Dihalalkan bagi kamu …. adalah bahawa kamu mencari, dengan menggunakan harta kamu, dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan …” (4:24).

Manakala bagi lelaki yang tidak berharta tetapi ingin mengahwini perempuan mukmin yang merdeka, mereka akan mengahwini hamba yang mukmin, atau mereka bersabar. Firman-Nya, “Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki …. dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar” (4:25).

Isteri menjadi teman hidup dan tempat berehat bagi suami. Firman-Nya, “Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup (isteri), supaya kamu berehat pada mereka” (30:21).

Keselesaan, kemesraan, dan kepuasan yang dinikmati bersama antara suami dan isteri dirakamkan lagi di dalam al-Qur’an dengan sebuah ayat yang berbunyi, “Mereka (isteri) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka” (2:187).

Selain daripada dapat menjauhkan kaum wanita dari kancah perzinaan, perkahwinan juga melepaskan mereka daripada dijadikan teman rahsia (secret lover). Kata “teman rahsia” terbit dua kali di dalam al-Qur’an, iaitu pada ayat 4:25 dan 5:5. Allah melarang menyimpan teman rahsia.

Halal

Orang-orang yang halal dikahwini telah disenaraikan Allah di dalam al-Qur’an. Senarai itu kini disusun seperti di bawah ini:

1. bujang. Firman-Nya, “Kahwinlah orang-orang yang tanpa teman hidup di kalangan kamu” (24:32),

2. janda. Firman-Nya, “Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan (janda) yang kamu menawari” (2:235),

3. ahli Kitab. Firman-Nya, “.. dan menikahi wanita-wanita daripada mereka yang diberi al-Kitab sebelum kamu” (5:5),

4. hamba yang mukmin. Firman-Nya, “maka dia mengambil (sebagai isteri) pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki” (4:25),

5. anak yatim, dan kanak-kanak yang ditindas. Firman-Nya, “… mengenai anak-anak yatim perempuan, yang kepadanya kamu tidak memberikan apa yang ditetapkan untuk mereka, tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan” (4:127),

6. anak tiri daripada isteri yang belum dimasuki. Firman-Nya, “… dan (diharamkan berkahwin) anak-anak tiri perempuan kamu yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki – tetapi jika kamu belum memasuki mereka, maka tidaklah bersalah ke atas kamu” (4:23),

7. bekas isteri anak angkat. Firman-Nya, “tidak ada kesalahan ke atas orang-orang mukmin dalam hal isteri-isteri anak-anak angkat mereka” (33:37),

8. wanita mukmin yang lari daripada suami yang kafir. Firman-Nya, “… dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini mereka (yang lari daripada suami yang kafir)” (60:10), dan

9. sepupu, seperti yang disebut di dalam sebuah ayat yang khusus bagi Nabi berbunyi, “Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu isteri- isteri kamu yang kamu telah memberikan upah mereka, dan apa yang tangan kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu, dan anak-anak perempuan bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa, bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang berhijrah bersama kamu, dan mana-mana perempuan yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin yang lain” (33:50). Kelebihan Nabi dalam memilih isteri ialah dia dibenarkan berkahwin dengan perempuan yang menyerahkan dirinya kepada dia.

Haram

Begitu juga Allah telah menyenaraikan beberapa golongan yang haram dikahwini. Mereka terdiri daripada:

1. yang enggan. Firman-Nya, “tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa” (4:19),

2. bekas isteri bapa. Firman-Nya, “Dan janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang bapa-bapa kamu telah mengahwini” (4:22),

3. ibu bapa, anak-anak sendiri, adik-beradik, ibu atau bapa saudara dan anak-anak saudara. Firman-Nya, “Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu” (4:23),

4. perempuan yang menyusukan, dan yang sesusuan. Firman-Nya, “dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan” (4:23),

5. mertua, dan anak-anak tiri yang ibunya sudah dimasuki. Firman-Nya, “dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan kamu yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah memasuki” (4:23),

6. menantu. Firman-Nya, “dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu” (4:23),

7. dua adik-beradik. Firman-Nya. “dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik” (4:23),

8. isteri orang. Firman-Nya, “Dan perempuan-perempuan yang bersuami, kecuali apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki” (4:24),

9. penzina. Firman-Nya, “Lelaki yang berzina tidak mengahwini kecuali perempuan yang berzina, atau perempuan yang menyekutukan; dan perempuan yang berzina, tiada yang mengahwininya kecuali lelaki yang berzina, atau lelaki yang menyekutukan; itu diharamkan kepada orang-orang mukmin” (24:3),

10. yang jahat bagi yang baik. Firman-Nya, “Wanita-wanita yang buruk untuk lelaki-lelaki yang buruk, dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita-wanita yang buruk; wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik” (24:26),

11. yang ditalak (dicerai) sebanyak dua kali. Firman-Nya, “Jika dia menceraikannya (buat kali kedua), dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain” (2:230),

12. yang menyekutukan Allah (yang mengadakan selain daripada Allah untuk menetapkan dalam gama). Firman-Nya, “Janganlah mengahwini perempuan-perempuan yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai; hamba perempuan yang mukmin adalah lebih baik daripada perempuan yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu. Dan janganlah mengahwini orang-orang lelaki yang menyekutukan sehingga mereka mempercayai. Hamba yang mukmin adalah lebih baik daripada orang yang menyekutukan, walaupun dia menarik hati kamu” (2:221), dan akhirnya,

13. yang tidak percaya (kafir) kepada Allah dan Kitab-Nya. Firman-Nya, “Mereka (yang mukmin) adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka” (60:10).

Izin

Terdahulu sekali dalam perkahwinan ialah persetujuan daripada pihak diri perempuan itu sendiri. Allah jelas apabila menetapkan ini dengan firman-Nya yang berbunyi, “tidak halal bagi kamu untuk mewarisi perempuan-perempuan dengan paksa” (4:19).

Perkahwinan juga dilangsungkan dengan izin keluarga perempuan. Ini diisyaratkan Allah apabila Dia menentukan iaitu, bagi perempuan yang berstatus hamba pun, sekiranya hendak dikahwini, adalah dengan izin keluarganya. Firman-Nya, “Maka kahwinilah mereka (yang tangan kanan kamu memiliki) dengan izin keluarga mereka” (4:25).

Akad

Izin daripada keluarga perempuan dilafaz seperti pada akad nikah. Sebagai contoh akad daripada al-Qur’an ialah lafaz bapa mertua Nabi Musa tatkala dia menyerahkan anaknya kepadanya (Musa) untuk dikahwinkan, berbunyi “Aku menghendaki untuk mengahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun” (28:27). Turut disebut di dalam lafaznya ialah mas kahwin, yang berupa perkhidmatan Nabi Musa kepadanya dalam tempoh masa yang ditentukan. Mas kahwin yang begini rupa adalah kerana Nabi Musa pada ketika itu seorang fakir.

Hadiah

Perempuan yang dikahwini diberi hadiah, atau mas kahwin, atau upah (menurut kata al-Qur’an), atau seperti kata yang selalu disebut orang Melayu, iaitu hantaran. Hantaran adalah suatu ketentuan menurut hukum Allah (4:24), dan diberi kepada semua perempuan yang dikahwini, termasuk kaum hamba (4:25).

Mas kahwin adalah sesuatu hadiah yang rela. Firman-Nya, “Dan berilah perempuan-perempuan mas kahwin mereka sebagai satu hadiah yang rela, tetapi jika mereka, dengan suka hati, menawarkan kepada kamu sesuatu daripadanya, maka makanlah ia dengan selera yang sihat” (4:4).

Muafakat

Keharmonian hidup sepasang suami-isteri adalah dengan adanya muafakat. Mereka berpakat dengan baik, seperti dalam urusan keluarga. Allah menunjukkan suatu muafakat dalam rumah tangga antara suami dan isteri dengan ayat berbunyi, “Para ibu akan menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, bagi orang yang menghendaki untuk menyempurnakan penyusuan. Adalah atas bapa untuk memberi rezeki dan pakaian mereka dengan baik …. Tetapi jika keduanya menghendaki, dengan persetujuan bersama dan perundingan, untuk menyusukan, maka tidaklah ada kesalahan ke atas mereka. Dan jika kamu berkehendak untuk mencari penyusu bagi anak-anak kamu, tidaklah bersalah ke atas kamu asal sahaja kamu menyerahkan apa yang kamu beri dengan baik; dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah melihat apa yang kamu buat” (2:233).

Suatu yang menarik mengenai ayat tersebut ialah ia berkontekskan penceraian. Sehingga dalam krisis begini pun Allah menyuruh supaya berunding dengan baik antara (bekas) suami dan isteri!

Atau, dalam keadaan marah dan benci, yang boleh mengakibatkan perceraian, juga disuruh-Nya bergaul dengan baik. Mungkin apa yang dibenci itu adalah suatu yang baik. Firman-Nya, “Bergaullah dengan mereka dengan baik; atau jika kamu membenci mereka, mungkin kamu membenci sesuatu padahal Allah membuatkan padanya banyak kebaikan” (4:19).

Bercampur

Kenikmatan hidup sepasang suami-isteri memuncak apabila mereka bercampur dengan baik. Masing-masing adalah pakaian bagi satu sama lain. Pakaian ini juga dipakai pada malam bulan Ramadan. Firman-Nya, “Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka” (2:187).

Digambarkan lagi kenikmatan ini dengan firman-Nya yang berbunyi, “Perempuan-perempuan kamu adalah tanaman bagi kamu; maka datangilah tanaman kamu seperti yang kamu mengkehendaki” (2:223).

Namun, percampuran ini ada hadnya. Malah, ia diharamkan pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan itu adalah:

1. apabila bertekun di masjid, seperti pada malam bulan Ramadan. Firman-Nya, “dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid” (2:187),

2. dalam Haji. Firman-Nya, “sesiapa yang menetapkan untuk Haji padanya, tidak boleh bercampur dengan isterinya” (2:197),

3. semasa dalam haid. Firman-Nya, “maka hendaklah kamu menjauhkan daripada perempuan-perempuan semasa dalam haid, dan janganlah mendekati mereka sehingga mereka bersih. Apabila mereka telah membersihkan diri-diri mereka, maka datangilah mereka sebagaimana Allah memerintahkan kamu” (2:222). Tidak terdapat larangan lain bagi perempuan yang dalam haid di dalam al-Qur’an; tidak disebut-Nya mengenai larangan mendirikan solat, berpuasa, atau menyentuh dan membaca al-Qur’an.

4. memantangkan diri selama empat bulan. Selepas tempoh ini percampuran diharamkan, dan mereka dianggap seperti bercerai. Firman-Nya, “Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.” (2:226-227), dan akhirnya,

5. menzihar isteri (berkata kepada isteri, “Kamu, padaku, adalah seperti punggung ibuku”), dan tidak pula mengadakan tebusan apabila ditarik balik apa yang telah dikatakan. Percampuran diharamkan dalam situasi seperti ini. Firman-Nya, “Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain … Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin” (58:3-4).

Khatan

Menyentuh sedikit mengenai suatu yang berkaitan, yang agak sensitif, iaitu alat kelamin. Alat ini, baik bagi perempuan mahupun lelaki, tidak disuruh Allah agar ia dicacatkan, atau dikhatan. Justeru pendapat manusia berbeza mengenainya. Ramai tampil ke hadapan dengan hujah masing-masing. Ada golongan yang bersetuju, dan ramai pula yang menolak. Sungguh menarik perdebatan mengenainya. Para doktor turut memberi sumbangan dalam bentuk hasil kajian. Begitulah banyaknya artikel yang tersimpan di internet (lihat circumcision) mengenai khatan. Kebanyakan penyumbang didapati tidak bersetuju dengan khatan, terutamanya bagi perempuan, dan mereka menggunakan istilah mutilation (mencacatkan) bagi amalan ini. Lagipun, sekiranya hendak direnungkan ayat-ayat al-Qur’an mengenai ciptaan-Nya, maka terserlahlah dua buah ayat di mana Allah telah menyatakan yang Dia “mencipta segala sesuatu dengan baik” (32:7), dan dengan kata yang tegas berbunyi “Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya” (30:30).

Poligami

Poligami adalah halal. Amalan ini bertujuan untuk berlaku adil terhadap anak-anak yatim. Firman-Nya, “Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga, dan empat” (4:3). Maksud kata “perempuan-perempuan” di sini ialah ibu-ibu, atau waris, atau penjaga anak-anak yatim tersebut.

Ayat tersebut seterusnya memberi nasihat, atau amaran, berbunyi “tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil, maka satu sahaja … ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya”. Ketidakadilan dalam poligami mengakibatkan penganiayaan ke atas kaum wanita. Allah benci penganiayaan.

Namun, ketidakadilan terhadap isteri-isteri tetap berlaku dalam poligami. Firman-Nya, “Kamu tidak akan boleh berbuat adil di antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu ingin sekali” (4:129). Maka, jauhi amalan poligami!

Cara berbuat adil pada isteri-isteri pula ditunjukkan Allah di dalam ayat yang sama, berbunyi “maka janganlah kamu condong dengan seluruh kecondongan sehingga kamu meninggalkannya seperti tergantung” (4:129). “Gantung tak bertali” kerana suami condong pada madu. Itu sering berlaku. Ia dilarang Allah.

Pertelingkahan

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pulak suami isteri! Demikian kata dalam sebuah lagu Melayu evergreen. Pertelingkahan antara suami dan isteri dilalui dengan baik, iaitu dengan cara berunding dan bergaul dengan baik, seperti yang telah disebut di bawah tajuk Muafakat. al-Qur’an memberi dua lagi contoh pertelingkahan, dan cara-cara menyelesaikannya:

1. menuduh melakukan zina. Bagi tuduhan ini Allah menunjukkan cara penyelesaiannya yang berbunyi, “Dan orang-orang yang membalingkan kepada (menuduh) isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar. Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk di antara pendusta-pendusta. Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia (isteri) menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah di antara pendusta-pendusta. Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya (isteri) jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar” (24:6-9).

2. kederhakaan suami atau isteri. Bagi kederhakaan suami (yang hampir tidak disebut orang mengenai kewujudannya), Allah menjelaskan dengan ayat yang berbunyi, “Jika seorang perempuan takut akan kederhakaan, atau palingan daripada suaminya, tidaklah bersalah ke atas keduanya jika mereka membetulkan di antara mereka; dan penyelesaian adalah lebih baik; dan jiwa condong kepada kehalobaan” (4:128).

Bagi isteri yang derhaka pula, tindakan yang diambil oleh suami adalah seperti pada ayat yang berbunyi, “dan mereka yang kamu takut akan menjadi derhaka, tegurkanlah mereka, dan asingkanlah mereka daripada tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Jika mereka kemudiannya mentaati kamu, maka janganlah mencari-cari sebarang jalan terhadap mereka” (4:34).

Perhatian tertumpu pada kata pukul, iaitu memukul isteri yang derhaka yang disebut di dalam ayat ini. Beberapa persoalan telah timbul. Pelbagai tafsiran telah diketengahkan. Akan tetapi, terdapat satu penjelasan yang ingin diutarakan di sini mengenai kata asal wadribu (pukul) yang terakam di dalam ayat tersebut. Sebuah terjemahan, AL-QUR’AN a contemporary translation, oleh Ahmed Ali (1984), mencatat di nota kaki (halaman 78) berbunyi antara lain ialah wadribu , in the original, translated here ‘have intercourse’ … see Raghib, Lisan al-‘Arab and …. daraba metaphorically means to have intercourse, and quote the expression darab al-fahl an-naqah, ’the stud camel covered the she-camel,’ which is also quoted by Lisan al-‘Arab. It cannot be taken here to mean ‘to strike them (women).’”

Maka pukul di sini adalah seperti pada kata halus, bercampur, masuk, atau sentuh, bagi kata have intercourse. Lantas, isteri-isteri yang derhaka pun harus dicampuri, bukan disepak, atau ditendang, atau ditumbuk, atau dipukul dengan tuala, kain dan sebagainya.

Pendamai

Pertelingkahan suami-isteri didamaikan oleh wakil kedua-dua buah pihak sebelum berlaku perceraian. Firman-Nya, “Jika kamu takut akan perpecahan antara keduanya, bangkitkanlah seorang pendamai daripada keluarga lelaki, dan daripada keluarga perempuan, seorang pendamai. Jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan, Allah akan menyelesaikan pertelingkahan mereka” (4:35). Dewasa ini, para peguamlah pendamai yang dianggap paling adil.

Sekiranya cara yang Allah tunjukkan diguna oleh pihak-pihak tertentu, maka wanita-wanita Islam yang dizalimi suami-suami mereka dapat dilepaskan daripada kezaliman itu dengan tanpa menunggu lama dalam penderitaan.

Nabi

Nabi juga telah mengalami krisis rumah tangga. Krisis itu, menurut al-Qur’an (66:3), berpunca dari salah seorang daripada isteri-isterinya yang membawa mulut, setelah Nabi memberitahunya sesuatu rahsia. Kemudian, dua daripada isteri-isterinya bergabung untuk menentangnya. Lantaran Allah turunkan amaran kepada mereka, dan sebahagian daripadanya berbunyi, “Mungkin, jika dia (Nabi) menceraikan kamu, Pemeliharanya (Tuhannya) akan menukarkan dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang muslim, yang mukmin, yang patuh, yang bertaubat, yang warak, yang berpergian, yang janda, dan yang dara” (66:5). Dalam krisis seperti ini jua diingatkan-Nya tentang perceraian. Diingatkan-Nya jua tentang adanya wanita-wanita lain yang lebih baik daripada isteri-isteri Nabi.

Penceraian

Istilah talak satu, seperti yang lazim digunakan, sebenarnya bermaksud sekali cerai, kerana kata talak dalam bahasa Arab bermakna penceraian. Maka, dua kali bercerai dengan pasangan yang sama adalah talak dua. Oleh itu, lafaz talak tiga pada penceraian yang pertama adalah hanya karut.

Apabila perceraian tidak dapat dielakkan lagi, maka Allah akan memberi pertolongan kepada kedua-dua pihak. Firman-Nya, “Tetapi jika keduanya bercerai, Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing daripada keluasan-Nya” (4:130). Allah memahami.

Allah amat memahami penderitaan yang dialami, lalu direstui-Nya perceraian. Kemudian, Dia didapati pula menolong kedua-dua belah pihak. Akan tetapi, bagaimana pula dengan banyaknya kes-kes cerai yang tidak diceraikan, atau digantung sekian lama? Tidakkah difahami penderitaan yang dilalui? Tidakkah kedua-dua belah pihak perlu ditolong? Tidak, sebaliknya ada pula orang yang melafazkan cerai didenda seribu ringgit!

Penceraian yang dibenarkan adalah sebanyak dua kali. Firman-Nya, “Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik … Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan had-had Allah” (2:229-230). Ini kes “cina buta”.

Idah

Dalam penceraian ada tempoh, atau idah (masa menanti). Syarat-syarat dalam idah telah dihuraikan Allah dengan empat ayat yang berikut:

1. “Perempuan-perempuan yang diceraikan akan menunggu sendiri selama tiga haid, dan tidaklah halal bagi mereka untuk menyembunyikan apa yang Allah menciptakan di dalam rahim mereka jika mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir. Pada masa itu suami-suami mereka adalah lebih berhak untuk mengembalikan mereka jika mereka menghendaki untuk memperbetulkan” (2:228),

2. “Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan” (2:231),

3. “Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, lalu mereka sampai tempoh mereka, janganlah menghalangi mereka daripada mengahwini suami-suami mereka, apabila mereka telah saling mempersetujui di antara mereka, dengan baik. Dengan ini ditegurkan sesiapa di antara kamu yang mempercayai Allah, dan Hari Akhir. Itu lebih suci dan lebih bersih bagi kamu; Allah mengetahui, dan kamu tidak mengetahui” (2:232),

Saksi

4. “Kemudian, apabila mereka telah sampai tempoh mereka, tahanlah mereka dengan baik, atau berpisahlah daripada mereka dengan baik. Dan adakanlah saksi, dua orang yang mempunyai keadilan di kalangan kamu; dan lakukanlah kesaksian kepada Allah Sendiri. Dengan ini ditegurkan sesiapa yang mempercayai Allah dan Hari Akhir. Dan sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia membuatkan untuknya satu jalan keluar” (65:2).

Nabi sendiri mungkin telah menceraikan isteri-isterinya, dan beliau juga disuruh Allah agar menjagai tempoh dan syarat-syaratnya. Firman-Nya, “Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru” (65:1).

Namun, tempoh bagi perempuan yang putus haid, dan perempuan yang mengandung, adalah berbeza daripada perempuan lain. Firman-Nya, “Bagi perempuan-perempuan kamu yang berputus asa daripada haid selanjutnya, jika kamu ragu-ragu, maka tempoh mereka ialah tiga bulan, dan mereka yang tidak datang haid hingga kini. Dan mereka yang hamil, tempoh mereka ialah apabila mereka melahirkan kandungan mereka. Sesiapa bertakwa kepada Allah, Dia akan membuatkan untuknya, daripada perintah-Nya, yang mudah” (65:4).

Sementara idah bagi wanita-wanita yang kematian suami ditetapkan Allah lebih lama daripada yang dikenakan ke atas wanita-wanita yang diceraikan. Firman-Nya, “Dan orang-orang di antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, mereka akan menunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari” (2:234).

Peruntukan

Wanita-wanita yang diceraikan diberi peruntukan, tempat tinggal, dan nafkah, sementara harta yang telah diberi kepada mereka tidak diambil balik. Dan mereka tidak ditekan untuk menyusahkan mereka. Ayat-ayat Allah yang berikut menjelaskannya:

1. “Tidak halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka (isteri) kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan had-had Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim” (2:229).

Terdapat satu lagi ayat mengenai larangan mengambil balik harta yang telah diberi kepada isteri yang diceraikan, dan ayat itu berakhir dengan satu pertanyaan berbunyi, “Apa, adakah kamu mengambilnya dengan cara umpat, dan dosa yang nyata?” (4:20).

2. “Bagi wanita-wanita yang diceraikan, diberi peruntukan dengan baik sebagai suatu kewajipan bagi orang-orang yang bertakwa” (2:241).

3. “Tempatkanlah mereka di mana kamu bertempat tinggal, menurut kemampuan kamu, dan janganlah menekan mereka untuk menyempitkan keadaan mereka. Jika mereka mempunyai kandungan, nafkahkanlah mereka sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. Jika mereka menyusukan untuk kamu, berilah mereka upah mereka, dan bermuafakatlah di antara kamu dengan baik. Jika kamu berdua menemui kesukaran, maka perempuan yang lain akan menyusukannya” (65:6).

Ayat tersebut disusuli sebuah ayat yang menjelaskan mengenai nafkah, iaitu diberi mengikut kemampuan masing-masing, dan dalam apa keadaan jua pun, sama ada senang atau susah. Ia berbunyi, “Hendaklah orang yang mempunyai keluasan menafkahkan menurut keluasannya. Bagi orang yang rezekinya disempitkan kepadanya, maka hendaklah dia menafkahkan daripada apa yang Allah memberinya. Allah tidak membebani sesuatu jiwa melainkan dengan apa yang Dia memberikannya. Sungguh, Allah akan membuatkan, setelah kesukaran, yang mudah” (65:7).

Luar biasa

Al-Qur’an ada juga menyebut mengenai beberapa cara bercerai yang saya anggap luar biasa. Sememangnya ia, seperti kata-Nya, adalah sebuah kitab yang cukup jelas, atau terperinci, apabila ia turut menyebut tentang segala kemungkinan, seperti apa yang mungkin berlaku, bagi sesuatu perkara. Bagi penceraian, disebut-Nya empat, iaitu:

1. Memantangkan diri daripada menyentuh pasangan:

Ini mungkin berlaku dalam keadaan marah dan benci pada pasangan. Sekiranya sumpah itu berpanjangan, iaitu lebih daripada empat bulan, maka pasangan suami-isteri itu adalah seperti dalam keadaan bercerai. Firman-Nya, “Bagi orang-orang yang bersumpah memantangkan diri daripada perempuan-perempuan mereka, mereka menunggu empat bulan. Jika mereka kembali, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih. Tetapi jika mereka memutuskan untuk bercerai, maka sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui” (2:226-227). Pasangan bercerai setelah berpantang empat bulan.

2. Belum sentuh:

Bagi yang mungkin bercerai tanpa menyentuh pasangannya, Allah menurunkan tiga ayat yang menggariskan syarat-syaratnya.

i. “Tidak ada kesalahan ke atas kamu jika kamu menceraikan perempuan-perempuan sedang kamu belum menyentuh mereka, dan tidak juga menetapkan sebarang bahagian untuk mereka; namun demikian, buatlah peruntukan untuk mereka – orang yang mewah menurut kemampuannya, dan orang yang miskin menurut kemampuannya – satu peruntukan dengan baik; satu kewajipan bagi orang-orang yang berbuat baik” (2:236),

ii. “Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, dan kamu telah pun menetapkan bagi mereka bahagian yang ditentukan, maka berilah setengah daripada apa yang kamu telah menetapkan, kecuali jika mereka memaafkan, atau dia memaafkan yang di tangannya ikatan perkahwinan; bahawa kamu memaafkan adalah lebih dekat dengan takwa. Janganlah melupakan pemberian sesama kamu. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat” (2:237), dan akhirnya,

iii. “… apabila kamu mengahwini perempuan-perempuan yang mukmin, dan kemudian menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, tiadalah tempoh (idah) bagi kamu untuk mengira terhadap mereka; maka buatlah peruntukan bagi mereka, dan lepaskanlah mereka dengan pelepasan yang manis” (33:49).

3. Zihar:

Seperti yang telah dimaklumkan, di bawah tajuk Bercampur, menzihar isteri bermaksud menyifatkan isteri sebagai punggung ibunya (suami) sendiri. Pada hemat saya, bahagian anggota yang disebut itu adalah suatu petunjuk bagi bahagian-bahagian sulit ibu yang lain, yang juga tidak boleh disamakan dengan isteri, atau suami. Kata-kata ini hendaklah ditarik balik.

Sekiranya kata-kata itu ditarik balik, maka Allah mengadakan tebusan sebelum pasangan itu menyentuh satu sama lain. Tebusannya ialah memerdekakan seorang hamba, atau sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka dia berpuasa dua bulan berturut-turut, atau memberi makan enam puluh orang miskin (58:3-4).

Pasangan ini berada dalam keadaan bercerai sekiranya kata-kata itu tidak ditarik balik, atau tebusannya tidak dilakukan.

4. Isteri lari:

Dengan cara automatik, apabila isteri lari kepada orang-orang yang tidak percaya (kafir kepada Allah dan Kitab-Nya), maka gugurlah “talak satu”. Firman-Nya, “Dan jika seseorang daripada isteri-isteri kamu lari daripada kamu kepada orang-orang yang tidak percaya, dan kemudian kamu membalas, maka berilah orang-orang yang isteri-isteri mereka telah pergi, yang serupa dengan apa yang mereka telah menafkahkan. Dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu mukmin (mempercayai)” (60:11). Dalam kes ini, tersebut mengenai bayaran balik kepada bekas suami atas apa yang dia telah menafkahkan (membelanjakan) kepada isterinya.

Kematian

Perpisahan yang paling menyedihkan, atau tahap stress yang tertinggi sekali, ialah apabila teman hidup meninggal dunia. Berpisahlah pasangan suami-isteri itu buat sementara waktu, menunggu Akhirat, di mana mereka akan bersatu semula selama-lamanya. Isteri yang kematian suaminya ditinggalkan peruntukan untuk setahun, dan peruntukan ini ditulis di dalam wasiat suami. Perintah Allah mengenai ini berbunyi, “Dan orang-orang di antara kamu yang mati dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka membuat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidaklah bersalah ke atas kamu mengenai apa yang mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik” (2:240).

Baik

Sememangnyalah, orang-orang yang takut kepada Allah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi orang-orang yang salih, atau orang-orang yang baik. Mengenai wanita-wanita yang disifatkan baik, Allah telah menjelaskannya dengan ayat berbunyi, “Wanita-wanita yang salih (baik) ialah yang patuh, yang menjaga yang rahsia kerana Allah menjaganya” (4:34).

Allah seterusnya menyebut di dalam al-Qur’an mengenai sifat-sifat wanita yang baik, yang antaranya, adalah yang muslim, mukmin, benar, sabar, merendah hati, bersedekah, berpuasa, mengingat Allah dengan banyak, menyuruh yang baik, melarang yang mungkar, melakukan solat, memberi zakat, atau yang membuat kerja-kerja kebaikan. Wanita-wanita ini tentu menemui kebahagian.

Dituduh

Tersebut juga di dalam al-Qur’an mengenai wanita-wanita yang sudah berkahwin, lagi baik, atau yang mukmin, tetapi kerana kelalaian mereka, mereka dituduh yang bukan-bukan dan menjadi bahan tomahan orang lain. Orang-orang yang melakukan kejahatan terhadap wanita-wanita tersebut dilaknati di dunia dan di akhirat. Firman-Nya, “Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya (menuduh) kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai, tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar” (24:23).

Amaran daripada Allah yang seterusnya mengenai perbuatan memburuk-burukkan wanita yang baik berbunyi, “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, tanpa apa yang mereka mengusahakan, mereka memikul pengumpatan dan dosa yang nyata” (33:58). Begitulah kedudukan orang-orang yang baik di sisi Allah.

Akhirat

Kebahagian hidup bersama antara suami dan isteri di dunia ini akan disambung semula pada Hari Akhirat, di mana mereka akan bersatu sekali lagi, untuk duduk kekal dalam kebahagian. Inilah idaman yang sebenarnya bagi suami dan isteri, iaitu kebahagian bersama di dunia dan di akhirat. Allah menyebut mengenai kebahagian mereka di syurga di dalam beberapa ayat al-Qur’an, dan antaranya berbunyi, “Sesungguhnya orang-orang Jannah (syurga) pada hari ini sibuk dalam kegembiraan mereka. Mereka dan isteri-isteri mereka bersandar di atas sofa di tempat teduh. Bagi mereka di dalamnya buah-buahan, dan bagi mereka apa yang mereka minta. “Salam” ialah perkataan daripada Pemelihara (Tuhan) yang Pengasih” (36:55-58).

Sepertimana syurga itu kekal bagi orang-orang yang baik, begitulah juga dengan neraka bagi orang-orang yang jahat. Mereka yang dimasukkan ke dalam neraka tidak dikeluarkan darinya, walaupun mereka melafazkan persaksian terhadap Allah dan Rasul semasa mereka hidup di dunia untuk menunjukkan keislaman mereka. Lafaz sahaja tidak mencukupi. Syurga tidak semurah itu.

Doa

Kebahagian hanya datang daripada Allah, maka mohonlah kepada-Nya. Allah Yang Pemurah, dan Yang Pengasih, telah mengajar suami dan isteri sebuah doa untuk kebahagian mereka sekeluarga, dan untuk mereka mendahului dalam ketakwaan, berbunyi “Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri (atau, suami) kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami ketua bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)” (25:74). Mudah-mudahan dengannya, dan dengan usaha yang ikhlas lagi bersungguh-sungguh dalam mentakuti-Nya, para wanita, yang di dalam Islam sebenar, berbahagia hidup di dunia dan di akhirat

Menuju Surga dengan Cinta

eramuslim – Setiap individu pasti akan merasai cinta dan mencintai sesuatu. Cinta adalah perasaan halus yang dimiliki hati setiap manusia, dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan sehari-hari.

Dalam Islam, cinta merupakan masalah utama dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini karena Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta. Sabda Rasullulah SAW.: “Tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan mendapat manisnya iman, yakni: Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain; mencintai seseorang hanya karena Allah, dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka” (HR. Bukhari dan Muslim)

Oleh karena itulah Islam menyeru kepada cinta, yaitu cinta kepada Allah, cinta kepada Rasulullah, cinta kepada agama, cinta kepada aqidah, juga cinta kepada sesama makhluk, sebagaimana Allah menjadikan perasaan cinta antara suami istri sebagai sebagian tanda dan bukti kekuasaan-Nya, firman Allah SWT: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (QS. Ar-Ruum: 21).

Jelaslah bahwa cinta adalah tanda kehidupan ruhani dalam aqidah orang mukmin, seperti halnya cinta juga menjadi dasar dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat. Selain itu, iman dalam Islam ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih sayang, sebagaimana terlukis indah dalam sabda Rasulullah SAW : “Demi Dzat yang diriku ada di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman dengan sempurna hingga kamu saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR Muslim)

Dalam hadist diatas, Rasullulah SAW menegaskan bahwa jalan menuju ke syurga bergantung kepada iman, dan iman bergantung kepada cinta. Maka cinta adalah syarat dalam iman, rukun dalam aqidah, dan asas dalam agama.

Cinta dalam Islam adalah kaidah dan sistem yang mempunyai batas. Ia adalah penunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlaq serta mencegah atau melindungi diri daripada dosa-dosa. Cinta dapat membimbing jiwa agar bersinar cemerlang, penuh dengan perasaan cinta dan dicintai.

Sayangnya dalam kondisi saat ini, cinta yang lahir cenderung penuh hawa nafsu dan menyimpang daripada tujuan murni yang sebenarnya. Setiap saat, setiap hari kita dibuai dengan lagu cinta, dibuat terlena dengan tontonan kisah cinta yang menghanyutkan kita ke dunia khayal yang merugikan. Kini bahkan banyak yang menyalahartikan makna cinta sebenarnya, sehingga terdorong melewati batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.

Untuk itu, renungkanlah sejenak hakikat kehidupan kita di dunia. Rasullulah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman salah seorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri.” Juga sabda Rasulullah, “Barang siapa ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklah ia mencintai orang lain karena Allah.” (HR Hakim dari Abu Hurairah).

 
 

8 Pengertian Cinta Menurut Qur’an

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :

  • Lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
  • Lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
  • Lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Alloh Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Alloh SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

  1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.
  2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.
  3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.
  4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.
  5. Cinta ra’fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).
  6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)
  7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi
  8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

kirim ke teman | versi cetak

apa dengan cinta

Dengan Cinta Apa Ada?


Oleh Khoirul Anam

Cinta sering membuat orang tidak habis pikir. Keberadaannya misterius, sama seperti terorisme. Tetapi, karenanya segalanya menjadi mungkin. Orang bisa terbang ke langit tujuh, juga bisa terjun bebas dari gedung lantai tujuh. Sampai-sampai ada peringatan Hari Valentine 14 Februari, hari cinta seluruh dunia! Entahlah….
Tidak mudah memberikan kesimpulan tentang cinta. Orang, buku, atau film memberikan pengertian yang berbeda tentang cinta. Ada yang mengatakan cinta itu buta, gombal, seks, dan seterusnya. Erich Fromm dalam The Art of Loving mengatakan, cinta itu seni maka butuh pengorbanan, kesabaran, konsentrasi, dan –yang terpenting– kematangan pribadi. Dengan penuh percaya diri, Megan Tresidder dalam The Handbook of Love menjelaskan bahwa tanpa disadari pola-pola cinta telah mempengaruhi perilaku keseharian manusia. Dan (memang) cinta hanya bisa dimengerti oleh yang empunya cerita, yang pernah mengalamainya. Ia selalu hadir berbeda-beda menyertai amukan badai zaman.
Pastinya, cinta yang disebut-sebut kali ini bukan sembarang cinta. Yaitu cinta suci antara laki-laki dan perempuan; cinta yang biasanya dimiliki oleh kaum muda-mudi, katakanlah Romeo dan Juliet, bukan Rama dan Sinta yang telah beranjak tua. Yang terahir ini lebih fokus mengurusi masa depan anak-anak. Kalaupun masih ada cerita cinta di antara mereka, paling tidak kisarannya antara selingkuh, madu, tua-tua keladi, dan seterusnya. Jika diceritakan sudah tidak menarik karena tiada lagi istilah cinta suci atau first love never dies. Makanya berbicara cinta tidak bisa terlepas dari lika-liku kehidupan remaja.
Atau bisa dibaca sebaliknya, kehidupan remaja bisa diamati dari bagaimana cara mereka bercinta? Mungkin itu lebih tepat dialamatkan untuk cinta yang ada di buku-buku sastra, layar kaca atau pentas seni cerita. Karena kisah cinta adalah ritual dan harus dituturkan bersamaan dengan kisah-kisah kehidupan yang lain.
Atau juga bisa dibaca sebaliknya, kisah cinta adalah kisah kehidupan remaja yang sebenarnya. Yang ini, paling tepat dialamatkan untuk film-film atau sinetron Indonesia yang bertemakan cinta. Karena Indonesia dengan karakteristiknya yang unik, berbeda sama sekali dengan negara-negara lain di dunia? Bangsa India yang terkenal gemar sekali mengampanyekan ”cinta dapat mengubah segalanya”, tidak selalu menempatkan cinta sebagai cerita utama dalam film-filmnya. Umumnya, cerita cinta oleh film-film India adalah sekadar ritual yang harus disertakan dalam menceritakan kedunguan polisi, kebejatan sistem hukum dan pemerintahan, penjahat yang selalu dikalahkan oleh ”sang” penegak kebenaran, atau dalam rangka mempromosikan bagaimana idealtipe budaya India kepada dunia.
Apalagi film-film ek-sen bergaya Amerika. Yang pasti, percintaan dalam film James Bond dan sejenisnya hanyalah pemanis cerita utamanya, misalnya, keberanian dan kemenangan jagoan, serta kecanggihan teknologi di era modern. Singkatnya, cinta menurut orang Amerika adalah –meminjam bahasa remaja Indonesia– cerita indah namun tiada arti. Yang berarti adalah cerita utama yang besertaan dengan cerita cinta itu. Dan memang seharusnya demikian.
Bagaimana dengan Indonesia, cerita cinta menjadi kisah utama? Ada yang kembali beralasan, cerita cinta hanya sebagai pengantar cerita. Tetapi, kenapa hanya cerita cinta di perkotaan saja? Wajar saja, karena para produser Jakarta yang berdatangan dari daerah-daerah sudah cukup bangga mempertontonkan problematika dan atau kemajuan-kemajuan yang ada di kota metropolitan Jakarta, yang tidak ada di daerah mereka? Dalam rangka mengejar status modernitas, mereka tidak bangga mempertontonkan apa-apa yang berada di daerah mereka?
Kembali kepada remaja. Anehnya, film atau sinetron yang bertemakan ”murni” cinta justru paling digandrungi. Remaja Indonesia bagian mana yang belum pernah menyaksikan film Ada Apa dengan Cinta (AADC), yang jelas-jelas memakai judul ”cinta”? Lagi pula sudah disinetronkan, ceritanya sengaja diperlama menuruti kebutuhan jam tayang, menyusul sukses cerita asalnya ditepuktangani para penonton.
Bisa dikatakan, film AADC berjasa membangunkan dunia perfilman Indonesia dari tidurnya. Maunya film ini mempertontonkan kehidupan kelompok atau geng remaja perempuan (Cinta, Maura, Milly, Alya dan Karmen) yang bebas dari tekanan orang tua, guru-guru di sekolah, juga teman-teman laki-laki; sebuah eksklusivitas sosial remaja perempuan yang sudah biasa. Tetapi kenapa film-film atau sinetron yang menyusul sukses film AADC mengambil cerita cintanya saja. Atau film AADC-lah yang sengaja mengangkat posisi cinta? Membingungkan. Sebut saja film Eiffel… I’m in Love (EIiL) besutan Nasri Cheppy, 30 Hari Mencari Cinta garapan Sutradara Upi Avianto, Sinetron Cinta SMU, Kalau Cinta Jangan Belagu, dan Inikah Rasanya. Semuanya bertemakan remaja metropolitan dan tentunya tentang percintaan mereka.
Berkali-kali salah satu pabrik rokok menyindir, ”Kalau memang cinta itu buta, buat apa ada bikini”, tapi para produser tidak tersindir sedikit pun untuk terus menggarap film atau sinetron bertemakan cinta. Para penonton juga tidak kapok-kapok menyimak cerita cinta. Malah, perkembangan sinetron-sinetron yang bertemakan cinta semakin menggila. Sekarang, cinta sudah dibuktikan adanya (dalam cerita sinetron) oleh anak-anak usia SD yang sedang lucu-lucunya. Mungkin besok ada sinetron khusus untuk anak-anak usia TK berjudul ”cintaku ketahuan bu guru!”
Tentunya ini bukan saja permasalahan konsumerisme. Kegemaran generasi muda menyaksikan film-film bertemakan cinta bukan hanya karena pihak produser pintar memasarkan produknya. Kalau Ariel Heryanto mengatakan bahasa menunjukkan bangsa, maka kegemaran generasi muda menyaksikan film-film cinta menunjukkan, ya demikianlah mereka. Mempersoalkan lebih dahulu mana antara sutradara dan alur cerita, sama dengan berpusing-pusing memikirkan lebih dahulu mana telur dengan ayam.
Yang fakta, selain mata pelajaran wajib, di sekolah-sekolah dan perguruan tinggi ada pelajaran ekstrakulikuler bernama ”jadian” dan ”putus”, kalau dulu disebut pacaran. Bahkan demi pelajaran itu, seorang siswa berani mbolos, kalau perlu pindah atau putus sekolah. Yang mahasiswa bisa beralasan, buat apa kuliah kalau tidak menjamin kerja. Malam Minggu yang sedianya disiapkan khusus untuk beristirahat dari belajar semingguan, malah menjadi malam yang panjang, mendalami pelajaran ekstrakulikuler tadi.
Ada apa dengan generasi muda bangsa Indonesia? Gosip percintaan artis mulai ketika syuting, bulan madu, sampai ”keputusan” mereka, dihafalkan habis dan sebagai bahan diskusi di sekolahan atau kampus. Yang mendukung itu, karena pada saat memencet-mencet tombol remote control stasiun televisi, ”gosip” yang satu ini pasti ada. Yang sudah menikah (Rama dan Shinta tadi, atau ayah dan bunda), tidak mau ketinggalan ”wacana” menggosipkan itu saat berada di angkutan umum, obrolan basa-basi dengan rekan kerja di kantor atau sawah, dalam pertemun akhir tahun wali murid dan kepala sekolah, sampai di acara arisan partai.
Tidak apa, demikianlah tentang cinta.
Kalau boleh berpendapat, daripada capai-capai membincangkan moral bangsa Indonesia, lebih baik memikirkan cinta. Keduanya sama-sama tidak bisa dijelaskan sejelas-jelasnya di era materialisme-positivisme, juga sama-sama menimbulkan masalah. Tetapi kata cinta lebih akrab di telinga generasi muda bangsa Indonesia. Mungkin banyak yang tidak mengerti apa itu moral dan siapa yang paling tidak bermoral di antara kita, tetapi generasi muda mana yang tidak mengerti arti sebuah cinta. Tepatnya, mereka lebih berpengalaman soal cinta daripada soal moral. Bukankah pengalaman adalah pintu pertama untuk melakukan serangkaian percobaan ilmiah dan teknologi? Pengalaman mereka dalam ”bercinta” adalah modal utama untuk membahas kehidupan mereka di masa depan dan (kalau perlu) masa depan bangsa Indonesia.
Dan, oleh sebab cinta diyakini tidak pernah bisa dijelaskan dengan kata-kata, yang menjadi pe-er bukan lagi AADC tetapi di balik menjadi DCAA (Dengan Cinta Apa Ada) bangsa Indonesia yang adem ayem gemah lipah loh jinawi toto tentrem kerto raharjo? Sekali lagi, karena cinta segalanya menjadi mungkin.

* Penulis adalah Peneliti Budaya Pesantren Ciganjur for Social and Culture Research.=

Copyright © Sinar Harapan 2003

cinta suci dalam ariannya

Cinta Suci Dalam Rumahtangga

Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup. Tiada manusia
yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan
fikirannya sudah tidak normal. Tiada siapa mahu diumpat keji,
kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan
musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.

Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan
ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak
dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat
ujian. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan
kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang
bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa
dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian
kesusahan hidup.

Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik
pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan
berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan
dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud
berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang
malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden
untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda,
diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan;
namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.

Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah
dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka
mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha,
sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud
dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang
datang akan dirasai dengan kehendak Allah.

Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada
kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, “Wahai Tuhan,
datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan” atau “Aku bergembira
dengan kesusahan hidup yang menimpa”. Manusia yang jiwa dan fikiran
yang sihat akan berkata, “Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan
kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat”.

Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak
mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih
lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan
kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan
air mata selalu mengalir.

Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga
adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain.
Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang
sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang
besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul
dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah
dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan
menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.

Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh
kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian
rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan
rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai “neraka dunia” dan
rumahtangga yang aman damai sebagai “Jannatul Ajilah” iaitu ’syurga
dunia’ yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.

Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan
seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan
ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya
mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara
suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah
bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita
ketika hendak mendirikan rumahtangga.

Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan
rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan
bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.

Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci
yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah
si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si
perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas
dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan
kepada dirinya seorang diri.

Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi
oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si
hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin
walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin
selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman
damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak
dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang
sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk
cinta yang tinggi nilainya.

Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang
hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui
kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan
sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa
tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku.
Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya
lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-
tindakan tanpa arah tujuan.

Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan
cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada
hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa.
Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur
kebahagiaan kepada kita.

Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita
dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami
hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila
cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan
sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih
sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi
orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta
olen Allah S. W. T.

Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita
dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita
seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap
hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan
diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.

Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita
usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan
fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat
dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang
seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, “Kalau suami
kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?” Bisikan-bisikan jahat
berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana
cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang
menjadi matlamat.

Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah.
Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa
seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita
faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu
sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di
akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah
tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang
dikasihi-Nya.

true love



Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup.
Tiada manusia
yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan fikirannya sudah tidak normal. Tiada siapa mahu diumpat keji,
kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.

Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan
ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak
dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat
ujian. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan
kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang
bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa
dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian
kesusahan hidup.

Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik
pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan
berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan
dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud
berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang
malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden
untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda,
diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan;
namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.

Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah
dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka
mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha,
sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud
dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang
datang akan dirasai dengan kehendak Allah.

Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada
kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, “Wahai Tuhan,
datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan” atau “Aku bergembira
dengan kesusahan hidup yang menimpa”. Manusia yang jiwa dan fikiran
yang sihat akan berkata, “Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan
kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat”.

Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak
mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih
lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan
kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan
air mata selalu mengalir.

Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga
adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain.
Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang
sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang
besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul
dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah
dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan
menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.

Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh
kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian
rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan
rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai “neraka dunia” dan
rumahtangga yang aman damai sebagai “Jannatul Ajilah” iaitu ’syurga
dunia’ yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.

Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan
seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan
ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya
mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara
suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah
bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita
ketika hendak mendirikan rumahtangga.

Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan
rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan
bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.

Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci
yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah
si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si
perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas
dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan
kepada dirinya seorang diri.

Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi
oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si
hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin
walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin
selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman
damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak
dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang
sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk
cinta yang tinggi nilainya.

Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang
hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui
kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan
sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa
tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku.
Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya
lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-
tindakan tanpa arah tujuan.

Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan
cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada
hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa.
Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur
kebahagiaan kepada kita.

Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita
dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami
hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila
cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan
sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih
sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi
orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta
olen Allah S. W. T.

Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita
dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita
seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap
hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan
diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.

Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita
usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan
fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat
dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang
seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, “Kalau suami
kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?” Bisikan-bisikan jahat
berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana
cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang
menjadi matlamat.

Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah.
Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa
seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita
faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu
sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di
akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah
tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang
dikasihi-Nya.